Nebraska Business Press
SEE OTHER BRANDS

Following business and economy news from Nebraska

Bitget dan Bitget Wallet Menyokong Dagangan Lebih 100 Aset yang Ditokenisasi melalui Ondo Finance

SAN SALVADOR, El Salvador, Sept. 05, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka, serta Bitget Wallet, dompet kripto penjagaan kendiri, telah melancarkan dagangan langsung bagi aset dunia sebenar yang ditokenisasi (RWA) dalam aplikasi masing-masing melalui integrasi rasmi dengan Ondo Finance. Ini menjadikan kedua-dua syarikat antara yang terawal menawarkan akses kepada saham dan ETF yang telah ditokenisasi kepada pengguna di luar Amerika Syarikat. Menerusi kerjasama dengan rakan berlesen mereka, Ondo Finance, kedua-dua syarikat kini berperanan sebagai pintu masuk alternatif ke pasaran kewangan tradisional dalam ekosistem kewangan terdesentralisasi. Dengan menggabungkan keupayaan blockchain, infrastruktur keselamatan bertaraf tinggi serta akses dagangan global, kedua-dua syarikat telah memperluas capaian pengguna runcit kepada produk kewangan yang sebelum ini hanya ditawarkan kepada pelabur institusi.

Melalui modul RWA yang baru diperkenalkan, pengguna Bitget Onchain dan Bitget Wallet kini boleh menyemak, menganalisis dan berdagang lebih daripada 100 saham dan ETF yang telah ditokenisasi — pilihan aset onchain terbesar setakat ini. Setiap token memberikan pendedahan pulangan penuh kepada sekuriti asasnya, mencerminkan pergerakan harga serta dividen yang dilaburkan semula dan disokong sepenuhnya oleh aset dunia sebenar yang disimpan bersama penjaga berlesen. Token ini boleh dibeli dengan pelaburan minimum serendah $1. Berbeza dengan pendekatan biasa yang bergantung kepada kolam kecairan onchain, aset yang ditokenisasi oleh Ondo memanfaatkan kecairan pasaran ekuiti tradisional secara langsung, menawarkan pelaksanaan dagangan yang setanding dengan bursa konvensional melalui infrastruktur Global Markets mereka. Perkhidmatan ini tersedia kepada pengguna yang layak, kecuali di beberapa pasaran tertentu termasuk sebahagian pengguna dari Amerika Syarikat. Pada masa ini, aset yang ditokenisasi ini tersedia di rangkaian Ethereum dan akan diperluaskan ke Solana, BNB Chain serta blockchain lain yang disokong tidak lama lagi.

"Ekosistem Bitget berkembang pesat hasil kejayaan menghubungkan instrumen kewangan tradisional (TradFi) dengan era baharu kewangan terdesentralisasi. Menerusi platform pertukaran Bitget dan dompet penjagaan kendiri yang menyokong aset ditokenisasi daripada Ondo, kami membawa peluang pelaburan global berpotensi tinggi ke pasaran kripto tanpa perlu melalui kerumitan yang sebelum ini dihadapi untuk mengakses instrumen tersebut. Inilah gambaran masa depan kewangan,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget.

"Aset dunia sebenar kini menjadi komponen penting dalam ekonomi onchain," kata Jamie Elkaleh, Ketua Pegawai Pemasaran Bitget Wallet"Integrasi bersama Ondo Finance merupakan langkah strategik utama dalam usaha kami untuk menjadikan Bitget Wallet sebagai pasport aset global, sekali gus memajukan visi Crypto for Everyone (Kripto untuk Semua) dengan menyediakan akses tanpa sempadan kepada pasaran kewangan global melalui teknologi blockchain dan infrastruktur penjagaan kendiri." Menyokong lebih daripada 130 blockchain, Bitget Wallet merancang untuk memperluaskan penawaran RWA mereka dengan menambah lebih banyak produk kewangan yang telah ditokenisasi dalam kemas kini akan datang.

Ondo Finance merupakan platform yang dikawal selia dan memfokuskan kepada tokenisasi saham serta ETF tersenarai awam. Dengan lebih daripada AS$1 bilion aset yang diuruskan, sekuriti yang telah ditokenisasi oleh firma ini diterbitkan di bawah struktur undang-undang yang terasing daripada risiko kebankrapan serta tertakluk kepada pengesahan harian oleh pihak ketiga. "RWA yang ditokenisasi mewakili evolusi penting dalam memperluaskan akses kepada produk kewangan global," kata Nathan Allman, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ondo Finance"Melalui kerjasama dengan Bitget Wallet, aset-aset ini disediakan secara langsung kepada pengguna dalam format yang mudah, selamat dan mudah diakses."

Sebelum ini, Bitget Exchange dan Bitget Wallet telah menyertai Global Markets Alliance anjuran Ondo Finance untuk memajukan aset dunia sebenar yang telah ditokenisasi (RWA). Dengan integrasi baharu ini, Bitget telah mengembangkan capaian ke pelbagai pelaburan global melalui kerjasama dengan infrastruktur berlesen Ondo Finance, sekali gus menyediakan ekosistem CeDeFi yang membolehkan pengguna mempelbagaikan portfolio mereka.

Aset yang tersedia melalui ciri baharu ini merangkumi representasi bertoken bagi syarikat seperti Apple, Tesla, Microsoft, Amazon dan Nvidia, serta ETF terkemuka. Semua aset didenominasikan dalam USD dan boleh diperdagangkan sepanjang masa (24/7), sekali gus menawarkan akses yang lebih luas kepada pasaran tradisional melalui infrastruktur berasaskan blockchain, tertakluk kepada kelayakan yang ditentukan oleh peraturan serantau. Pengguna global kini boleh mengakses saham dan ETF yang telah ditokenisasi melalui aplikasi Bitget atau Bitget Wallet tanpa perlu bergantung kepada akaun broker atau perantara perbankan. Bitget Wallet juga akan bekerjasama dengan Ondo untuk melancarkan siri kempen bagi mempercepatkan penerimaan produk yang telah ditokenisasi. Platform ini merancang untuk meningkatkan pilihan aset telah ditokenisasi kepada lebih 1,000 saham dan ETF dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari blog Bitget Wallet.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Perihal Bitget Wallet

Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan yang direka untuk menjadikan penggunaan kripto lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua. Dengan lebih daripada 80 juta pengguna, ia menghimpunkan rangkaian penuh perkhidmatan kripto, termasuk pertukaran token, cerapan pasaran, pertaruhan, ganjaran, pelayar DApp dan penyelesaian pembayaran kripto. Menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token, Bitget Wallet membolehkan perdagangan rentas rantaian yang lancar merentasi ratusan DEX dan jambatan rentas rantaian. Disokong oleh dana perlindungan pengguna bernilai lebih $300 juta, ia memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk aset pengguna. Visinya adalah "Crypto for Everyone" (Kripto untuk Semua) — menjadikan kripto lebih mudah, selamat dan sebahagian daripada kehidupan harian bagi satu bilion orang.

Untuk maklumat lanjut, layari: X | Telegram | YouTube | LinkedIn | TikTok | Discord | Facebook

Untuk pertanyaan media, hubungi media.web3@bitget.com

Perihal Ondo Finance

Ondo Finance sedang membangunkan infrastruktur untuk membawa pasaran kewangan ke atas rantaian blok (onchain). Misi syarikat tersebut adalah untuk mempercepatkan penerimaan ekonomi terbuka dan global dengan mencipta produk serta platform kewangan yang telus, mudah diakses dan cekap. Rangkaian produk Ondo merangkumi sekuriti yang telah ditokenisasi, dana rantaian blok (onchain) serta infrastruktur bertaraf institusi untuk menyokong kesemua produk tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://ondo.finance

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami. Selaras dengan Terma Penggunaannya, Bitget tidak menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana pengguna di Amerika Syarikat atau wilayahnya. Semua aktiviti yang dikawal selia berkaitan dengan penawaran ekuiti yang telah ditokenisasi di Amerika Syarikat dijalankan oleh Ondo Finance melalui lesen dan kelulusan yang berkaitan.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2ae0d2a9-064e-4cd3-9543-adbb27ace318


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions